Chiam See Tong (
Bahasa Cina: 詹时中;
pinyin: Zhān Shízhōng; lahir pada
12 Mac 1935) mewakili Kawasan Undi Perseorangan
Potong Pasir di Parlimen
Singapura. Beliau merupakan pemimpin
Parti Demokratik Singapura sebelum disingkirkan kerana cuba mencela Dr
Chee Soon Juan. Kini beliau merupakan pemimpin
Parti Rakyat Singapura dan juga pemimpin de facto
Perikatan Demokratik Singapura.Dalam
Pilihan Raya Umum 2001, Chiam memenangi
kawasan pilihan raya Potong Pasir SMC buat kali yang kelima. Seterusnya, dalam
Pilihan Raya Umum 2006, beliau memenangi 55.82% jumlah undi untuk berkhidmat sebagai
Ahli Parlimen Potong Pasir SMC buat penggal yang keenam. Dengan kemenangan itu, Chiam juga menjadi ahli parlimen pembangkang yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Singapura. Dalam pilihan raya tersebut, beliau sekali lagi menewaskan Sitoh Yih Pin, calon
People's Action Party (PAP, Parti Tindakan Rakyat) dengan memperoleh 8,245 undi, berbanding dengan 6,527 undi yang diperoleh oleh Sitoh.Kemenangan Chiam itu tidak disangka oleh ramai orang kerana parti PAP telah menawarkan pakej peningkatan perumahan sebanyak
S$80 juta kepada penduduk Potong Pasir, dengan Menteri Kanan
Goh Chok Tong juga turut berkempen untuk mendapatkan undi.